wahai wanita solehah
jangan dirisau akan jodohmu
kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak terpaut kepada wanita hanya
kerana kecantikan
senyuman, bicara manis yang menggoda
atau pujuk rayu yang boleh menentukan
imannya
sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita
andai belum sampai juga rezekimu
anggaplah bahawa lelaki yang
dinantikan itu
sedang memimpin sahsiah kepimpinannya
bagi memimpin dirimu
kerana wanita itu pasti ada kekurangannya
dan lelaki yang benar-benar layak pasti
hadir
untuk melengkapkan kekurangan pada
dirimu...

No comments:
Post a Comment